Tuesday, March 31, 2009

Petua Penjagaan Mata

Berikut adalah petua2 penjagaan mata yg sy perolehi secara on-line. Maklumlah, kaum ibu sekarang ni banyak menghabiskan masa di hadapan komputer samada semasa di pejabat/ di rumah.

1. Positioning is everything

Correct positioning of your computer, keyboard and typing copy is essential. Your screen should be positioned about an arm’s length from your eyes and 20 degrees below eye level. Consider foot and wrist rests for added comfort.

2. Lighting can make all the difference

Room lighting should be diffuse, not direct, to reduce glare and reflections from your screen. Look into an internal or external glare screen and be sure to set your colour, contrast and brightness levels to suit you.

3. A little extra help for your glasses

Anti-reflective coatings on the lenses of your glasses can be applied by your optometrist to reduce discomfort and to ease reduced vision from bright and/or flickering light sources such as VDTs and fluorescent lights. And don’t forget, your doctor of optometry can talk to you about eyeglasses designed specifically for people who use computers a lot.

4. Take time out, 20-20-20 rule

Step I :-
After every 20 minutes of looking into the computer screen, turn your
head and try to look at any object placed at least 20 feet away. This
changes the focal length of your eyes, a must-do for the tired eyes.

Step II :-
Try and blink your eyes for 20 times in succession, to moisten them.

Step III :-
Time permitting of course, one should walk 20 paces after every 20 minutes
of sitting in one particular posture. Helps blood circulation for the entire body.

5. It’s all in the blinking

Did you know that on average we blink 12 times per minute? But wait, did you know that when we’re on the computer we only blink 5 times per minute? That can add up to dry eyes. Relieve the discomfort by using artificial tear drops or gels and remember to blink!

6. Palming

Sit straight at your workstation and rub your palms against each other till you feel them warm. The warmth of your palms helps soothe and relax tired eyes. Then, lightly cup your eyes with your palms and relax for 60 seconds. Count the seconds in your mind. Repeat this exercise two to three times whenever your eyes feel tired, or as often as you want. While palming, you can either rest your elbows on your desk or keep away from the desk and cup your eyes. Both ways are fine.

7. Splash water on your face

During breaks, splash water on your face while closing your eyes. This has an overall relaxing effect and helps you feel refreshed.

8. Use tea bags

Keep two used tea bags in the refrigerator before you leave for work. Once you are home, place the tea bags on your eyes for a few minutes as you relax. This not only soothes tired eyes, but also reduces puffiness.

9. Eat healthy

Incorporate Vitamins A, C, and E on a daily basis; eat citrus fruits, green leafy veggies, tomatoes, spinach, poultry and dairy products. Pack a box of chopped carrots, cucumber and fresh fruits and munch in-between meals at the office.


Kalau Damia demam, dia suka menepek pada ayah dia. Orang lain angkat dia merengek.


Makan ubatpun, ayah dia suap.

Monday, March 30, 2009

Birthday Bash


Happy Birthday buat Nana, Danish dan Syamil.Party ni diadakan di Quality Hotel sabtu lepas. Meriah sangat. Tuan puteri diapit oleh dua org putera.










Pelbagai acara diadakan.


































Aleeya dan Aisyah turut memberi sumbangan kpd anak2 yatim yg dijemput hadir.

New Family Member


Abang mummyAAD yg no.2 dpt anak lelaki sabtu (28.3.2009) lalu. Tahniah. Anak beliau menjadi cucu lelaki kedua drpd 9 org cucu mak mummy AAD.

Thursday, March 26, 2009

Petua Untuk MummyAAD

1.) Jika anda marah, kira sampai 20 dan tarik nafas panjang-panjang atau jauhkan diri daripada anak selama lima minit untuk meredakan kemarahan. Elakkan menengking anak kerana ia juga termasuk dalam perlakuan agresif dan boleh menyebabkan perasaan anak tersinggung. Anak akan belajar bahawa dia juga boleh menengking orang lain (termasuk ibu bapanya) apabila marah. Jika anak melakukan kesalahan, beritahu kesalahannya dan cara betul supaya kesalahan sama tidak diulang.
2.) Untuk mengelakkan BPA atau Bisphenol A daripada masuk ke dalam susu anak anda, amalkan langkah-langkah berikut:
a) Elakkan botol plastik keras daripada jenis polycarbonate, yang mengandungi BPA. Sebaliknya, gunakan botol daripada gelas, atau plastik yang lebih lembut daripada jenis polyethylene, polypropylene, atau polyamide.
b) Buang botol lama yang tidak lagi jernih atau bercalar. Bahan kimia boleh memasuki makanan bila plastik telah cacat.
c) Jangan menuangkan air mendidih ke dalam botol.
d) Jangan meninggalkan botol susu plastik di bawah terik matahari atau di dalam kereta yang berpanas. - Are baby bottles toxic?, babyworld.co.uk
3.) Petua ini untuk melangsingkan badan. Ia cara yang mudah dan murah. Apa yang anda perlukan ialah:1-Dua biji lobak merah dipotong2-Sebiji mentimun segar,3-Sebiji limau nipis,Kemudian ketiga-tiga bahan ini dikisar dan diperah airnya untuk diminum. Amalkan dua kali sehari setiap pagi dan malam. Insyaallah badan akan beransur langsing dan menarik. seri2008.

Wednesday, March 25, 2009

Petua Untuk Kakak Aleeya n Aisyah


Aleeya merajuk.

1.) Sebagai ibu bapa, kadangkala kita tidak memberi peluang untuk anak bersuara atau memberi pendapat, sebaliknya meminta dia mengikuti segala arahan dan kehendak kita kerana beranggapan ibu bapa memiliki kuasa veto terhadap si kecil.

Beri kesempatan untuk anak bercerita, meluahkan isi hati serta pendapat. Dengar ceritanya dengan teliti dan jangan memotong percakapannya. Hati anak perlu dijaga seperti anda menghormati orang dewasa lain.

Apabila anak bercakap, duduk di depannya atau berdampingan serta tatap wajahnya supaya dia berasa dihargai, bukan melayan si kecil berbual sambil sibuk membuat kerja rumah (terutama ibu) dengan mata dan fokus terhadap pekerjaan yang dilakukan.

Walaupun masih kecil, anak mengerti sama ada orang tuanya berminat atau tidak mendengar cerita yang disampaikannya. Jika ibu bapa tidak berminat melayannya

berbual, dia mungkin tidak berminat untuk bercerita di lain masa.

- Dengar anak cakap, NORAINON OTHMAN, Harian Metro

2.) Tidak susah sebenarnya untuk membuat anak-anak menghargai setiap nasihat dan mendengar kata-kata kita. Tetapi syaratnya kita perlu memberikan mereka balasan dengan mengisi tangki kasih sayang mereka. Apabila anak-anak kita sudah tidak mahu mengambil kisah tentang apa jua nasihat yang kita sampaikan, apa yang perlu kita lakukan ialah kita periksa terlebih dahulu tangki kasih sayang anak kita kerana berkemungkinan tangki kasih sayang mereka telah bocor.

Cuba renung kembali, mungkin kita pernah berjanji sesuatu dengan mereka tetapi masih belum kita tunaikan, mungkin juga ada sesuatu yang anak-anak kita ceritakan tentang perihal mereka di sekolah tetapi kita hanya diamkan sahaja, mungkin juga anak kita mendapat kejayaan-kejayaan tertentu, tetapi kita belum menghargai mereka. Mereka sebenarnya amat sensitif terhadap perkara-perkara sebegini. Seandainya kita sudah mengenal pasti penyebab mengapa tangki kasih sayang mereka bocor, maka ibu bapa perlu segera untuk mengisi kembali ruang yang bocor itu dengan kasih sayang kepada mereka.

- Ustaz Ahmad Syukri Yusoff, dalam Motivasi - Jangan Biarkan Tangki Kasih Sayang Bocor!, fitrahpower.com, September 12, 2008 Aisyah yang ceria.

3.) Kanak-kanak dapat belajar banyak perkara dengan menghabiskan masa dengan haiwan-haiwan dan memerhatikan kelakuan mereka.

- Halimahton Yusof (ibu Sufiah Yusof) dalam buku Genius in 28 Steps

4.) Sebagai panduan puan dalam memastikan jumlah kalori yang diperlukan mencukupi bagi pembesaran anak puan, gunakan pengiraan yang mudah ini:

Sekiranya anak puan mempunyai berat badan 10 kilogram (kg) ke bawah, ia memerlukan
sebanyak 100kcal/kg sehari. Setiap kilogram pertambahan berat badan daripada 10 kg, tambahan kalori sebanyak 50kcal/kg sehingga berat badan mencecah 20 kg. Sekiranya berat badan melebihi 20 kg, pertambahan kalori bagi setiap kilogram berat selepas 20 kg ialah 20kcal/kg.

Sumber: PAKAR KANAK KANAK bersama Dr Norrashidah Abd Wahab, pakar Kanak-kanak dalam "anak
enggan minum susu", Harian Metro Kakak Aleeya n Aisyah kuat minum susu,bab makan je kurang sikit, memilih sangat.

Petua Untuk Damia



1.) Selain rangsangan sentuhan dan usapan, bayi-bayi baru lahir harus secepatnya dirangsang deria penglihatan mereka dengan ribuan warna. Jika anda ingin anak anda menjadi pelukis, dedahkan mereka dengan kekayaan warna-warni melalui pelbagai ikhtiar. Mata manusia dapat mengenal sejuta jenis warna. Setiap warna mempunyai memorinya sendiri di otak manusia. Setiap memori mempunyai jaringan masing-masing. Makin banyak warna yang didedahkan melalui pelbagai cara (mainan/ cat dinding/ warna pakaian dan sebagainya), makin banyak terbina jaringan yang menyalur keterangan untuk disimpan dan dikeluarkan dalam masa yang lebih pendek dari sekelip mata.

2.) Mungkin petua ini berguna untuk anda melebatkan rambut bayi anda. Ambil 4 atau 5 helai daun cekur manis dan tumbuk hingga halus. Kemudian gaulkan bersama sesudu perahan susu ibu. Lumurkan campuran tadi ke atas kepala bayi. Biarkan sehingga kering sebelum dibasuh. Amalkan 3 hari berturut-turut. InsyaAllah rambut bayi akan cepat tumbuh, lebat dan panjang.

- kredit kepada zuera, ibu yahoogroups yang memetik daripada majalah Pa&Ma

3.) Ramai ibubapa yang berpendapat 'walker' membantu anak mereka belajar berjalan. Sebenarnya, ia adalah sebaliknya; walker boleh mengganggu proses pembelajaran anak-anak berjalan. Selain daripada mengurangkan keinginan untuk berjalan kerana bayi rasa lebih mudah bergerak hanya dengan menggolekkan roda walker, walker juga menguatkan otot-otot yang salah. Bahagian bawah kaki memang bertambah kuat, tetapi tidak pada bahagian yang penting untuk berjalan iaitu bahagian paha dan pinggul

Tuesday, March 24, 2009

Ganti Tenaga

Tenaga boleh ditingkatkan atau dikembalikan menerusi 10 kaedah mudah.

1.Pengambilan magnesium

Pemakanan yang seimbang boleh memastikan tubuh menerima vitamin dan mineral sepatutnya. Namun, sekiranya anda merasakan diri sentiasa keletihan, boleh jadi anda kekurangan magnesium. Pakar-pakar nutrisi berpendapat magnesium penting dan diperlukan untuk sekurang-kurangnya 300 tindak balas bio kimia dalam tubuh.

Kajian yang dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Nutrisi Manusia, Jabatan Pertanian di Grand Forks, Nakota Utara mendapati, wanita yang kekurangan magnesium akan memiliki kadar degupan jantung yang lebih tinggi dan memerlukan lebih banyak oksigen untuk melakukan kerja-kerja fizikal. Kesannya, tubuh terpaksa bekerja lebih keras dan membuatkan anda lebih penat.

Pengambilan harian magnesium yang disyorkan untuk wanita adalah sebanyak 300 miligram manakala 350 miligram untuk kaum lelaki. Pengambilan makanan semula jadi seperti badam, kacang hazel, ikan dan bijirin penuh juga membantu.

2. Berjalan

Pada saat anda keletihan, anda masih boleh berjalan untuk meningkatkan tenaga tubuh. Pakar-pakar kesihatan berkata dengan meningkatkan aktiviti fizikal, secara semula jadinya tenaga dalam tubuh turut mengalami peningkatan. Tidak memerlukan banyak latihan mahupun peralatan, berjalan adalah sesuatu yang boleh dilakukan di mana-mana sahaja.

Beberapa eksperimen yang dijalankan oleh Robert Thayer dari Universiti California State menunjukkan, berjalan selama 10 minit bukan sahaja meningkatkan tenaga bahkan kesannya boleh bertahan selama dua jam. Apabila aktiviti itu diteruskan selama tiga minggu, tahap tenaga dan mood turut mengalami perubahan positif.

3. Tidur sebentar

Kajian membuktikan otak yang penat boleh menjejaskan tahap tenaga dalam tubuh. Tetapi, Institut Kesihatan Mental Nasional Amerika mendapati, tidur sebentar iaitu sekitar 60 minit boleh membantu mengubah kesan negatif dan mengekalkan apa yang telah dipelajari serta diserap otak.

4. Jangan tinggalkan sarapan pagi

Mereka yang mengambil sarapan pagi memiliki mood yang lebih baik dan penuh bersemangat serta bertenaga sepanjang hari.

Kajian yang disiarkan dalam jurnal Nutritional Health, Amerika Syarikat (AS) mendedahkan, kecenderungan meninggalkan hidangan tetap boleh mengakibatkan seseorang terasa letih sepanjang hari.

5. Kemarahan dan tekanan

Pakar psikologi terkemuka, Paul Baard pernah berkata, salah satu perosak semangat terbesar seseorang adalah tekanan.

“Tekanan adalah hasil daripada keresahan. Keresahan akan menggunakan keseluruhan tenaga kita”, tambah Baard yang merupakan seorang pakar psikologi sukan di Universiti Fordham, di Bronx, New York.

Tekanan boleh membuatkan anda terasa penat dari aspek mental dan fizikal biarpun anda menghabiskan sepanjang hari terlantar di atas katil. Tekanan pada tahap kronik mahupun tidak kronik boleh menjejaskan kadar tenaga yang seterusnya memberi kesan kepada produktiviti dan perasaan anda.

Akan tetapi, berita baiknya ialah kita boleh mengawal pembunuh tenaga ini dengan merancang aktiviti lebih rileks dalam kehidupan kita. Aktiviti senaman boleh menghilangkan kesan kimia tekanan dan kemarahan.

Selain itu, alternatif kepada senaman termasuklah mendengar muzik, membaca novel berunsur romantik atau sekadar bersembang dalam telefon.

ELAKKAN dehidrasi yang memenatkan dengan meminum air secukupnya.

6. Banyakkan minum air dan kurangkan / JANGAN AMBIL TERUS alkohol

Anda mungkin sudah sedia maklum tentang perbezaan antara kelaparan yang disebabkan dahaga atau keperluan sebenar terhadap makanan. Tetapi tahukah anda kedahagaan juga boleh bertopengkan keletihan?

Adakalanya, dehidrasi yang amat sedikit pun boleh meninggalkan anda dengan perasaan letih dan penat. Pengarang buku, The Uncle Sam Diet yang juga seorang pakar nutrisi, Keith Ayoob, pernah berkata: “Jalan penyelesaiannya mudah sahaja - segelas air suam sudah memadai untuk memberi tenaga selepas senaman. Pada ketika itu, tubuh amat mendahagakan cecair.”

Sebaliknya, jika anda mendapati diri sering berasa letih selepas memperoleh tidur mencukupi semalaman, alamatnya sudah tiba masanya anda mengurangkan pengambilan alkohol pada sebelah malam.

7. Banyakkan bijirin dan kurangkan gula

Apabila anda mengambil makanan manis, kandungan gula dalam darah akan meningkat dan memberi anda tenaga. Namun, apabila kandungan gula dalam darah merosot secara mendadak, ia boleh menjejaskan perasaan anda sekali gus.

Tahap tenaga anda akan bertambah secara perlahan-lahan apabila anda memilih makanan yang kaya dengan bijirin penuh. Ini bermakna anda dapat mengekalkan tahap konsistensi tenaga sepanjang hari.

Satu kajian yang diterbitkan dalam sebuah jurnal Amerika, Clinical Nutrition mendapati, pemakanan yang kaya dengan bijirin penuh dapat membantu meningkatkan sensitiviti tubuh terhadap insulin dan membolehkan pembebasan secara perlahan tetapi stabil.

8. Snek

Snek hebat bermakna snek yang menggabungkan protein, sedikit serat dan lemak seperti biskut penuh bijirin atau dadih dipenuhi kekacang. Karbohidrat dan protein meningkatkan kadar tenaga manakala lemak pula mengekalkan tahap tenaga itu.

9. Hasilkan latte

Kafein yang digabungkan dengan kebaikan protein daripada latte rendah lemak boleh membekalkan anda dengan tenaga tambahan serta kalsium ekstra. Jika boleh, gabungkan juga dengan sedikit kacang badam sebagai hadiah bagi memanjakan diri.

10. Fungsi tiroid dan sel darah merah

Jika anda sentiasa terasa letih biarpun sudah memperoleh rehat yang mencukupi, adalah baiknya anda berbincang dengan doktor tentang alternatif yang boleh dicuba. Ujian darah untuk ketidakupayaan fungsi tiroid dan anemia adalah antara inisiatif yang boleh diambil.

Masalah tiroid merupakan satu isu bagi kaum wanita. Biasa berlaku selepas kelahiran bayi, masalah ini juga membelenggu mereka di peringkat peri menopaus. Ujian darah yang ringkas boleh mengenal pasti masalah ini dan andainya anda didiagnosis dengan keupayaan tiroid yang rendah, perubatan boleh menjadi penyelesaiannya.

Bagi kes anemia pula, pengurangan sel-sel darah merah bermakna tubuh anda kekurangan oksigen yang diperlukan untuk mengekalkan tahap tenaga. Disebabkan itu, anda mudah menjadi letih.

Berat Badan

Mummy AAD berazam akan menggurangkan berat badan sehingga boleh menyarung kembali baju2 kegemarannya. Oleh itu, mulai saat ini, artikel yang yang digemarinya adalah diet dan yang sewaktu dengannya. Kenalah cari ilmu, baca dan amalkannya.

Artikel pertama

Perlu anda ketahui bahawa musuh utama dari sudut pelangsingan badan ialah tabiat kita sendiri. Mereka yang semula jadi kurus dari segi genetik jarang berfikir mengenai makanan berbanding dengan mereka yang mahu melangsingkan berat badan dan risau dengan berat badan mereka. Golongan ini sentiasa berfikir mengenai makanan dan secara tidak langsung sama ada mereka akan mengamalkan diet yang keterlaluan atau mereka sudah hilang semangat untuk mencapai matlamat mereka dengan berdiet secara sihat. Ini adalah satu tabiat yang harus diperbaiki dengan cara mengikut lima prinsip di bawah.

Prinsip pertama: makan apabila lapar.

Kita perlu tahu, skala kelaparan bagi kita untuk makan adalah ketika kita berasa agak lapar. Bukannya ketika kita berasa kita hendak makan walaupun perut kita tidak lapar.

Prinsip yang kedua: makan apa yang anda inginkan dan bukan apa yang anda rasa anda perlu makan.

Anda harus kenal apa yang anda ingin makan dan anda boleh mengetahuinya kerana badan anda sendiri akan menyampaikan isyarat apakah makanan yang anda inginkan. Ini kerana apabila kita berfikir mengenai sesuatu, otak kita akan berfungsi dengan menghantar isyarat itu kepada tubuh badan dengan mengatakan kita inginkan sesuatu makanan. Contoh yang boleh diberikan adalah sekiranya anda melihat nasi bersama ayam goreng di depan mata anda, dan ketika itu ia membuatkan anda terliur, maka itu bererti anda menginginkan makanan itu dan oleh itu anda perlu mengambil makanan itu dengan syarat anda sememangnya sudah terasa agak lapar. Sekiranya ketika itu anda masih lagi terasa kenyang tetapi anda inginkan sesuatu makanan itu, ini bermakna anda hanya mengikut perasaan anda saja.

Prinsip yang ketiga : makan secara sedar tanpa mengikut nafsu dan perasaan.

Lakukan ini sambil menikmati setiap kunyahan anda dengan cara memperlahankan kecepatan pemakanan anda dan kunyah betul-betul setiap suapan. Minimum kunyahan adalah sebanyak 21 kali dan setiap kali di antara suapan itu anda perlu meletakkan sudu garfu anda di atas pinggan. Jangan makan dengan tergesa-gesa dan lahap kerana ia akan membuatkan anda berasa lebih lapar dan makan lebih banyak. Bagi melakukan prinsip ini anda perlulah mempunyai tahap disiplin dan kesabaran yang tinggi.

Prinsip yang keempat: berhenti makan apabila anda rasa sudah sederhana kenyang.

Sekiranya anda tidak berhenti, ia akan membuatkan anda mengambil makanan yang berlebihan dan pada tahap ini juga anda sudah tidak lagi menikmati makanan itu. Ini kerana ketika anda sudah kenyang tetapi anda meneruskan juga dengan alasan tidak mahu membazir, anda sendiri yang akan menanggung kesannya. Perlu diingatkan bahawa ketika anda mengambil atau meletakkan makanan di dalam pinggan, letak dalam keadaan sedar. Dengan itu anda tidak akan meletakkan makanan secara berlebihan. Di sini berbalik kepada tabiat anda sendiri.

Prinsip yang kelima : anda harus faham akan keajaiban air.

Sekiranya anda terasa lapar, minum dahulu lebih kurang segelas air dan sekiranya anda tidak lapar selepas itu, ini bermakna ia hanyalah dahaga. Dengan cara ini anda tidak akan mengambil makanan secara berlebihan. Bagaimanapun, sekiranya selepas minum anda masih lagi berasa lapar, ini bermakna tubuh anda memerlukan makanan. Justeru, anda perlu mengambil makanan sebanyak mana yang diperlukan. Kajian sudah menunjukkan bahawa diet yang membabitkan meminum banyak air adalah lebih efektif dalam jangka masa panjang. Apatah lagi jika air yang digunakan adalah air yang sudah dirawat dan mengandungi khasiat-khasiat seperti air zam-zam, air daripada sumber semula jadi atau air bertenaga aura.

Sumber : Berita Harian Online

Monday, March 16, 2009

Secret Recipe

Sedapnya Aleeya n Aisyah makan mini burger. Dorang makan sampai licin.








Aleeya tak habiskan ayam panggang. Macam biasa, maknya akan habiskan. Tu yang emak jadi besar tu, alasan.

Pertandingan Mewarna


Damia nak beri sokongan pada kakak-kakak dia.












Seriousnya muka Aisyah.




























Sayang kat Damia. Adik tak banyak ragam la.








.



Sampai meniarap Aisyah mewarna.








Sunday, March 15, 2009

Damia menyembur

Orang2 tua cakap, kalau anak mula menyembur air liur; rambut akan mula gugur. Secara kebetulan, rambut mak memang tengah gugur byak nie.


Buat macam nie pun Damia still cute.








Mintak sikit susu kakak!







Menyembur lagi.

Thursday, March 12, 2009

JALAN2

Damia yang kekeyangan.










Kakak2 yg suka bergambar










Rakaman video masa di Bandung

Cerita di Bandung

Hari tu gi Bandung, 14.2-16.2. Pergi sana dengan kawan-kawan hubby, 4 family. Adik lelaki dan adik perempuan ikut sama. Bolehlah mak dan ayahnya bersenang2 sbb anak2 ikut bontot acik2 dorang.


Aisyah yang gemar berposing.













Ayah buat spa treatment di kawah gunung tangkubang perahu. kaki je.








Di kaki gunung Tangkubang Perahu.












Breakfast strawberi dgn coklat rice.













Bye Bandung!













Menu wajib. Maggie.













Lepak kat Cihamplas(salah eja kot) Walk sambil tgk live band.