Monday, June 8, 2009

Kenduri Kat Kampung

Sabtu hari tu, mummy balik kg suami sebab anak buah kahwin. Majlis sambut menantu 2 org sekaligus. Lembu pun tumbang 2 ekor. Paling seronok kakak Aleeya dan Aisyah. Sibuk sangat dua orang tu mengalahkan mak pengantin gamaknya.
Daging lembu dimasak pagi tu jugak untuk hidangan para tetamu. Banyak tu, sempat ke? Gotong royong orang kg. Semua kerja berjalan dengan lancar.

Sup ekor, anyone?
Ayah tekun buat kerja.
Kakak Aleeya dan Aisyah berposing dengan salah satu pasangan pengantin.

Rambut kakak Aleeya pun dah kusut masai.



Damia yang comot selepas merangkak merata-rata. Tak mau duduk diam dia.

No comments: