Friday, April 3, 2009

Mengajar Anak

Anak2ku sgt rapat dengan ayahnya walaupun ayahnya garang (lagi garang maknya).

Aisyah yang suka bercerita pada patung beruangnya yg dipanggil 'Adik'.


Kalau ayah dorang suruh kemas,lajuje anak2ku berkemas. kalau maknya suruh; kurang laju.


Berikut adalah tips mengajar anak supaya hormat dgn ibu bapanya dan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan;

1. Jika si ibu marahkan anak, bapa DILARANG membela si anak semasa anak itu dimarahi. Begitulah sebaliknya. Jika tidak, anak akan hilang rasa hormat terhadap ibu/bapa yg memarahi.

2. Ibu/Bapa DILARANG menengking/mengherdik/bertengkar di hadapan anak2. Anak akan mencontohi tindak tanduk ibu bapa.

3. Ibu hendaklah selalu masak untuk keluarga. Air tangan si ibu dapat mengeratkan hubungan rohani anak dan ibu serta keluarga lainnya.

4. Ibu bapa MESTI makan bersama anak-anak.Penting untuk bermesra semasa di meja makan dan saling bertanyakan peristiwa yg berlaku pada si anak pada hari tersebut.


Mummy AAD cuba mengamalkan semua tips di atas. w/pun kadang2 agak sukar.



No comments: