Wednesday, March 25, 2009

Petua Untuk Damia



1.) Selain rangsangan sentuhan dan usapan, bayi-bayi baru lahir harus secepatnya dirangsang deria penglihatan mereka dengan ribuan warna. Jika anda ingin anak anda menjadi pelukis, dedahkan mereka dengan kekayaan warna-warni melalui pelbagai ikhtiar. Mata manusia dapat mengenal sejuta jenis warna. Setiap warna mempunyai memorinya sendiri di otak manusia. Setiap memori mempunyai jaringan masing-masing. Makin banyak warna yang didedahkan melalui pelbagai cara (mainan/ cat dinding/ warna pakaian dan sebagainya), makin banyak terbina jaringan yang menyalur keterangan untuk disimpan dan dikeluarkan dalam masa yang lebih pendek dari sekelip mata.

2.) Mungkin petua ini berguna untuk anda melebatkan rambut bayi anda. Ambil 4 atau 5 helai daun cekur manis dan tumbuk hingga halus. Kemudian gaulkan bersama sesudu perahan susu ibu. Lumurkan campuran tadi ke atas kepala bayi. Biarkan sehingga kering sebelum dibasuh. Amalkan 3 hari berturut-turut. InsyaAllah rambut bayi akan cepat tumbuh, lebat dan panjang.

- kredit kepada zuera, ibu yahoogroups yang memetik daripada majalah Pa&Ma

3.) Ramai ibubapa yang berpendapat 'walker' membantu anak mereka belajar berjalan. Sebenarnya, ia adalah sebaliknya; walker boleh mengganggu proses pembelajaran anak-anak berjalan. Selain daripada mengurangkan keinginan untuk berjalan kerana bayi rasa lebih mudah bergerak hanya dengan menggolekkan roda walker, walker juga menguatkan otot-otot yang salah. Bahagian bawah kaki memang bertambah kuat, tetapi tidak pada bahagian yang penting untuk berjalan iaitu bahagian paha dan pinggul

No comments: