Wednesday, March 25, 2009

Petua Untuk Kakak Aleeya n Aisyah


Aleeya merajuk.

1.) Sebagai ibu bapa, kadangkala kita tidak memberi peluang untuk anak bersuara atau memberi pendapat, sebaliknya meminta dia mengikuti segala arahan dan kehendak kita kerana beranggapan ibu bapa memiliki kuasa veto terhadap si kecil.

Beri kesempatan untuk anak bercerita, meluahkan isi hati serta pendapat. Dengar ceritanya dengan teliti dan jangan memotong percakapannya. Hati anak perlu dijaga seperti anda menghormati orang dewasa lain.

Apabila anak bercakap, duduk di depannya atau berdampingan serta tatap wajahnya supaya dia berasa dihargai, bukan melayan si kecil berbual sambil sibuk membuat kerja rumah (terutama ibu) dengan mata dan fokus terhadap pekerjaan yang dilakukan.

Walaupun masih kecil, anak mengerti sama ada orang tuanya berminat atau tidak mendengar cerita yang disampaikannya. Jika ibu bapa tidak berminat melayannya

berbual, dia mungkin tidak berminat untuk bercerita di lain masa.

- Dengar anak cakap, NORAINON OTHMAN, Harian Metro

2.) Tidak susah sebenarnya untuk membuat anak-anak menghargai setiap nasihat dan mendengar kata-kata kita. Tetapi syaratnya kita perlu memberikan mereka balasan dengan mengisi tangki kasih sayang mereka. Apabila anak-anak kita sudah tidak mahu mengambil kisah tentang apa jua nasihat yang kita sampaikan, apa yang perlu kita lakukan ialah kita periksa terlebih dahulu tangki kasih sayang anak kita kerana berkemungkinan tangki kasih sayang mereka telah bocor.

Cuba renung kembali, mungkin kita pernah berjanji sesuatu dengan mereka tetapi masih belum kita tunaikan, mungkin juga ada sesuatu yang anak-anak kita ceritakan tentang perihal mereka di sekolah tetapi kita hanya diamkan sahaja, mungkin juga anak kita mendapat kejayaan-kejayaan tertentu, tetapi kita belum menghargai mereka. Mereka sebenarnya amat sensitif terhadap perkara-perkara sebegini. Seandainya kita sudah mengenal pasti penyebab mengapa tangki kasih sayang mereka bocor, maka ibu bapa perlu segera untuk mengisi kembali ruang yang bocor itu dengan kasih sayang kepada mereka.

- Ustaz Ahmad Syukri Yusoff, dalam Motivasi - Jangan Biarkan Tangki Kasih Sayang Bocor!, fitrahpower.com, September 12, 2008 Aisyah yang ceria.

3.) Kanak-kanak dapat belajar banyak perkara dengan menghabiskan masa dengan haiwan-haiwan dan memerhatikan kelakuan mereka.

- Halimahton Yusof (ibu Sufiah Yusof) dalam buku Genius in 28 Steps

4.) Sebagai panduan puan dalam memastikan jumlah kalori yang diperlukan mencukupi bagi pembesaran anak puan, gunakan pengiraan yang mudah ini:

Sekiranya anak puan mempunyai berat badan 10 kilogram (kg) ke bawah, ia memerlukan
sebanyak 100kcal/kg sehari. Setiap kilogram pertambahan berat badan daripada 10 kg, tambahan kalori sebanyak 50kcal/kg sehingga berat badan mencecah 20 kg. Sekiranya berat badan melebihi 20 kg, pertambahan kalori bagi setiap kilogram berat selepas 20 kg ialah 20kcal/kg.

Sumber: PAKAR KANAK KANAK bersama Dr Norrashidah Abd Wahab, pakar Kanak-kanak dalam "anak
enggan minum susu", Harian Metro Kakak Aleeya n Aisyah kuat minum susu,bab makan je kurang sikit, memilih sangat.

No comments: