Thursday, March 26, 2009

Petua Untuk MummyAAD

1.) Jika anda marah, kira sampai 20 dan tarik nafas panjang-panjang atau jauhkan diri daripada anak selama lima minit untuk meredakan kemarahan. Elakkan menengking anak kerana ia juga termasuk dalam perlakuan agresif dan boleh menyebabkan perasaan anak tersinggung. Anak akan belajar bahawa dia juga boleh menengking orang lain (termasuk ibu bapanya) apabila marah. Jika anak melakukan kesalahan, beritahu kesalahannya dan cara betul supaya kesalahan sama tidak diulang.
2.) Untuk mengelakkan BPA atau Bisphenol A daripada masuk ke dalam susu anak anda, amalkan langkah-langkah berikut:
a) Elakkan botol plastik keras daripada jenis polycarbonate, yang mengandungi BPA. Sebaliknya, gunakan botol daripada gelas, atau plastik yang lebih lembut daripada jenis polyethylene, polypropylene, atau polyamide.
b) Buang botol lama yang tidak lagi jernih atau bercalar. Bahan kimia boleh memasuki makanan bila plastik telah cacat.
c) Jangan menuangkan air mendidih ke dalam botol.
d) Jangan meninggalkan botol susu plastik di bawah terik matahari atau di dalam kereta yang berpanas. - Are baby bottles toxic?, babyworld.co.uk
3.) Petua ini untuk melangsingkan badan. Ia cara yang mudah dan murah. Apa yang anda perlukan ialah:1-Dua biji lobak merah dipotong2-Sebiji mentimun segar,3-Sebiji limau nipis,Kemudian ketiga-tiga bahan ini dikisar dan diperah airnya untuk diminum. Amalkan dua kali sehari setiap pagi dan malam. Insyaallah badan akan beransur langsing dan menarik. seri2008.

1 comment:

Anonymous said...

alhamdulillah..bertambah ilmu!!